Nuffnang Ads

Monday, October 1, 2012

Penunggang Motor VS Pemandu kereta

Mula-mula sekali nak bagitau bahawa ini bukan entry cari gaduh tau..;)

Minggu lepas..kebetulan..ada dua orang kawan aku (penunggang motosikal) post kat wall FB diorang pasal bengang dengan pemandu kereta..
Yang sorang tu sebab wife dia kena langgar di kaki oleh pemandu kereta yang mementingkan diri sendiri je dan tak berhati-hati semasa memandu..
Sorang lagi tu pulak bengang dengan tingkahlaku pemandu kereta yang tak menghormati pengguna jalanraya yang lain..macam jalan tu dah didaftarkan atas nama dia sorang je kot..

Nak dijadikan cerita, minggu sebelumnya, aku dah terlebih dahulu menjadi mangsa..tapi terbalik..aku memandu kereta..menjadi mangsa penunggang motosikal..tapi aku tak letak kat wall FB..;)
Kejadian berlaku(kira rewind lah ni)..masa on the way pegi keje..dalam pukul 8 pagi..kdi persiaran kerjaya di glenmarie..penunggang motor BKB9150..akan ku ingat sampai mati..puihhhhh!
Aku yang skema memandu (almaklumla kete dah panjang)..aku memang drive ikut lane aku je..punya la berhati-hati nak masuk lane orang..signal gila lama nak bg orang nampak..*ok dah over*
Sesungguhnya perasaan belas kasihan aku terhadap penunggang motosikal adalah sangat tebal..
Aku pun penah naik motor..Lagi, mr.hubby pegi keje naik motor...ayah aku pun naik motor..
Selama ni memang kalau lalu tepi motor especially time hujan, memang aku bagi laluan & jauhkan kereta takut air terpercik kena depa..sebab aku paham sangat..sape yang kata aku berlagak tu memang nak kena cili mulut tu...heppp! biasaaaa dia...! ;)

Ok sambung..nasib baiklah masa kejadian tu dah hantar MDD kat rumah babysitter...kalau tak mesti dia terkujat beruk dengan aksi mamat beruk motor tu...puihhhhh lagi sekali...!
Actually aku taktau apa masalah penunggang motor tu..aku drive kat lane aku jer..tetiba ada motor honk ppiinnnnn ppinnnn pinnnnn mintak laluan..pehal pulak mamat ni..nak lalu, lalu jer lah takyah la honk..memekak jeee..mcm dia sorang ada menatang horn tu...oiii aku pun ade laahhhh...!
Aku pun rasa dia ni tak muat kot nak lalu..tapi aku takleh nak ke kiri (motor tu belah belakang kanan kereta aku)...ada lori kat depan aku yang nak ke kiri..so aku kena tunggu lori tu masuk lane yang betul dulu barulah aku boleh bagi jalan kat motor tu...maaflah..memang tak ada jalan..kecuali dia overtake kereta aku sebelah kiri lalu bertembung merempuh lori tersebut...haha..
Oh, lori tersebut adalah lori tangki air yang begitu slow sekali pergerakannya..huhu..
Maka dengan penuh sabar aku menunggu..akhirnya dapat jugak lepas..masa aku nak melepaskan diri di sebelah lori tu, motor tu pun menyibuk nak lalu...ape hal la mamat ni..tak reti sabar ke??? macam ko sorang nak pegi keje kan?? damn!! Dia speed tapi tak lepas..hahaha tu lah tak sabar lagi..bila dah aku tengok dia tak lepas aku pun jalan la dulu..dengan niat lepas ni ko lalu la pulak..
dah aku speed sikit dengar bunyik pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn gile panjang...
Urghhhhhhhhhhhh  ape lagi la mamat niii??? meroyan honk ke ape..?
Depan tu ada traffic light..tengah merah...so brenti lah..then tetiba mamat motor tu brenti kat sebelah kiri kereta & hentak side mirror aku dengan tangan dia? what da????
aku pandang dia dengan renungan tajam..cewahhh...tp memang serius marah masa tu..aku tak paham ape mamat tu nak tadi? aku buat isyarat tangan 'apehal?' kat dia (tak berani turunkan cermin sekarang ni bukan leh caya)..dia pandang aku pastu blah..maybe dah lambat gi keje kot..lampu merah pun dia langgar..padahal ada polis depan tu..lantak dia lah..oh, ada nampak pembonceng di belakang dia, maybe wife dia..tengok..bawak wife pun takde kesedaran lagi..kalo diri sendiri tergolek tengah jalan takpe lagi..ni ada wife..tah hape hape..!
Lepas dari tu aku buat u-turn..pegi balai polis seksyen 9 & buat report...hah! rase kan ko..
kalo nasib ko baik polis tak panggil..kalo nasib ko tak baik polis panggil beri keterangan..
Aku cakap kat polis aku just nak buat coverage report je..takde nak saman ke ape..in case ada isu berbangkit lepas ni coz laluan aku & dia pegi keje adalah sama..so better safe than sorry right??
Lepas tu barulah lega sikit aku ni..

Actually apa aku nak up kan kat sini bukan lah pasal kes tu sangat...tapi attitude beb..attitude!
Walau macam mana marah sekalipun, kita ni ada undang-undang..gunakan saluran yang betul..
Kalau kita bertindak sendiri & ada kerosakan/kecederaan at the end kita yang akan dipersalahkan...

So, last but not least...

Berhati-hati di jalan raya...!


 

 






No comments:

Post a Comment