Nuffnang Ads

Tuesday, October 2, 2012

Patut ke?

Last month masa balik melaka for long weekend (alah yang cuti hari malaysia tu), balik ke shah alam kami lalu jalan lama..nak elak jammed..kononnnnnnnn...padahal lagi membazir masa sebab jalan dalam pun berderet kereta..dahla susah nak overtake..pastu bila dah sampai seremban, masuk highway pun jammed jugakkkk...tak ke buang masa tu..dua kali kerja...aku bila tiap kali mr.hubby ajak aku lalu jalan dalam, aku akan buat muka tension...sebab kalau argue pun beliau nak lalu jugak..dengan alasan beliau penat drive dalam jammed di highway & jalan dalam tak mengantok...huh! whateverrrrrrr...bontot aku yang kematu dok belakang...nak dok depan dengan MDD? oh noooo...!

Eh melalut dah ni...sambung..
ok petang isnin tu dalam pkl 4, perut dah jadi ada ruang kosong semula sebab dah beberapa jam had lunch kan..hikhik..
So aku pun pesan kat mr.hubby if ada gerai jual pisang goreng ke cempedak goreng ke keropok lekor ke sila lah berenti..
Hahhh! lucky me..! ada gerai & beliau pun berenti..
Aku turun kereta & beli pisang goreng & keledek goreng...pergghhh gila lama tak makan keledek goreng (org pantai timur/utara sebut ubi)..ubi ada mcm2 ubi..ubi kayu ubi keledek ubi ape tah lagi..
orang melaka memang tak suka fikir banyak2 so diorang dah siap-siap guna nama ubi tu supaya tak confuse..hahahaha..pepandai je aku...
Tapi seriously keledek goreng makcik tu mmg superbbbb...pisang goreng dia pun yummmyy..
Dia pakai tepung goreng adabi..hehe..memang sedap kalau tepung goreng adabi..tapi kalau untuk berniaga untung ke ek? allahualam..patut lah dia jual 3 keping singgit..kira mahal ke murah tu? murahla bagi kitorang yang stay kat area lembah klang ni...sini rata-rata kuih sekeping 40sen..5 keping rm2..standard price..hehe..

sebenarnya bukan nak cerita pasal pisang goreng/keledek goreng tu..hehe..
nak komen gambar kat bawah ni...


gamba ni aku snap masa lepas beli pisang goreng kat gerai tu..kerusi meja tu ada kat sebelah gerai tu tapi tak berbumbung..hanya gerai dia je di bawah payung..waktu ni matahari terik lagi..pukul 4 punya matahari..boleh imagine? boleh hitam oooo kalau berjemur..huhu...
Aku kesian tengok budak perempuan ni..tidur beralaskan kerusi berbumbungkan langit...
Aku tak paham kenapa mak dia biarkan dia tidur kat situ..
Kalau ikutkan hati nak je aku tanya mak dia (yang aku rasa penjual pisang goreng tadi)..tapi berat lak mulut aku hari tu..kalau yer pun mencari rezeki terpaksa bawak anak, bawaklah tikar/tilam/payung or apa2 aje yang boleh cover anak tu dari ketidakselesaan...
memanglah dia tidur lena tapi kesian lah...
Lagi satu, bahaya jugak sebab budak tu perempuan..sekarang banyak kes culik/rogol kanak-kanak..tak sedar-sedar lagi ke?
Sesaat kita leka/alpa, seumur hidup kita menyesal...
hmmmmmmm...
kesian kan?



No comments:

Post a Comment