Nuffnang Ads

Tuesday, July 31, 2012

Serabai

Siapa serabai??

Weh..bukan la..bukan serabai yang bermaksud selebet a.k.a selekeh tu...
tapi ni serabai ni sejenis kuih...tau??

Kalau tak tau meh I tunjuk..tadi dah tanya encik google..:)


kuih ni sedappppp!
nak nak kalau kuahnya ada buh pisang / durian...
kuahnyer ala ala serawa...alah..yg serawa pulut durian tu..
camtu la rasa kuah dia..
pastu bila cicah ngan serabai yang lemak2 masin ni..perggghhhhhhhhh...!

Weekend haritu cari kat bazar stadium shah alam tak jumpa...:(
Adeh..orang shah alam tak makan ke serabai eh?
minggu ni balik melaka..nak cari..nak cari..nak cari..serabai..
mintak mintak ade la..
nak buat boleh..tapi...ermmm...bukannya malas...tapi kurang rajin jer...;P


Puasa

I rasa semua orang pernah ada kenakalan semasa berpuasa masa kekecik dulu..betul tak?
Ke ada yang dah besar pun buat? haaaaaaaa!!! ;P

Ada yang buat-buat TERminum air masa mandi (ada jugak yang sengaja).....;)
Ada yang buat-buat sakit perut..
Ada yang buat-buat terlupa pastu minum air pastu cakap 'eh aku puasa la, lupe lak'
Lagi ? ada? apa lagi? meh list kan..hahaha..

I ingat lagi masa sekolah menengah (form 1 tak silap)..masa tu I sekolah kat atas bukit kat telok mas..
nama glamour sekolah I tu SHARODZ..shortform untuk Sharifah Rodziah..sekolah agama tuuuu..;P
Ada cikgu subjek Pendidikan Jasmani (tak ingat la pulak nama cikgu ni..hiks)..cikgu ni kurus tinggi..lawa..persis model gitu..awwwww...;)
Masa tu bulan puasa tu cikgu tu tanya kat semua pelajar dalam kelas satu soalan..

Soalan beliau berbunyi begini ,
Sape boleh bagitau cikgu, apa kebaikan berpuasa..?

Cikgu tu suruh setiap orang jawab TANPA ulangan..
bayangkanla kalo dalam kelas tu ada 28 pelajar, so ada 28 jawapan..wahh! mana nak dapat?

Mase tu dalam pale otak I dah ada dah jawapan..tapi tak lama pastu budak lain dah jawab..cisss!!!
Lepastu I ada jawapan lain..pun dicilok tanpa sengaja oleh pelajar lain..
Semua yang dalam kepala otak dah disebut oleh pelajar di depan...
Dalam hati I mase tu cakap 'adoi la kenape la lambat sangat sampai turn aku ni'
(ha tu lah..duduk belakang lagi!!! kalo duk depan mesti dah lega lepas bagi jawapan..hikss..)

Lepas 4 orang depan I jawab..I dapat satu idea..haaaa..kali ni mesti takde sape sape yang tau..!
So bila sampai turn I, dengan bangganya I bangun dan cakap..

'dapat mengurangkan makan jajan, cikgu'

pastu cikgu tu pun buat muka pelik...lalu beliau jawab,

'hmmmm...kurang makan jajan macam mana ye?'

I pun bertambah confident lagi untuk explain,

'yela, kalau puasa kita tak makan siang..pastu bila makan berbuka, kita dah takleh makan banyak2..makan berbuka dah kenyang dah..so takde lah makan jajan lagi sebab dah tak lapar..'

Cikgu pun cakap 'ooo..hmm boleh la terima'

Cehhhh!!! bolehla je ke? bukan kah tu satu jawapan yang bernas???
Terkulat-kulat gakla I lepas tu..tapi I lega sebab dah bagi jawapan..haha..
students yang turn diorang selepas I lagi la blur taktau nak jawab ape dah..
semua budak-budak lain dah jawab..kikiki..

I ni sebenarnya pemakan jajan tegarrrrrrr dari kecik sampaila besar..
So bila puasa, mmg betulla apa yg I bgtau cikgu tu..ikhlas ok..tak tipu!
memang I akan kurang makan jajan sebab lepas bukak puasa I dah kenyang..nak makan jajan siang lak takleh sebab puasa..hihihi.

Since preggy sampaila sekarang, baru lah kurang makan jajan...
sebab I bukan makan utk diri sendiri je tapi dah makan untuk si DD sekali..
kesian si DD kalau I bagi makan MSG banyak2..hiksss..
Maka berjauhanlah I dengan jajan...
tapi kadang2 I belasah gak bila teringin..;)

So moral of the story, jangan suka sangat makan jajan..dan jangan duduk belakang masa dalam kelas..!





Monday, July 30, 2012

Sambung..


Dari entry Kenapa perlu ada perasaan iri hati?

So kepada yang suka berperasaan iri hati terhadap orang lain (termasuklah I) jom kita ..

~ sentiasa ingat Allah ~
~ belajar bersyukur ~
~ ingatkan diri sendiri yang semua tu hanya pinjaman dari Allah je ~
~ berlapang dada ~

boleh??

*NotaKaki : tadi terlupa content...tu yang sambung kat next entry..kikiki..jangan mara haaaa...;P


Kenapa perlu ada perasaan iri hati?

Iri  hati .. apa itu iri hati?
iri hati datangnya dari siapa? dari diri kita sendiri atau dari hasutan syaitan durjana?
kenapa perlu iri hati?

Iri hati atau perkataan lainnya cemburu atau dengki..
Iri hati kemudian akan mewujudkan perasaan benci dan menyampah serta meluat..
Iri hati berlaku sesama manusia..tak ada berlaku iri hati antara manusia dengan haiwan atau antara manusia dengan tumbuhan..kalau ada? gilak lah tu..

manusia vs manusia
haiwan vs haiwan (berebut makanan, pasangan, etc)
tumbuhan vs tumbuhan (ada ke?)

Sesetengah orang memang tak boleh tengok orang lain lebih..

Bila dah iri hati..

Orang beli perabot mahal dia pun nak beli jugak -- aku pun ade la weh
Orang beli rumah besar dia pun nak beli jugak -- aku pun mampu la weh
Orang ada bini lawa dia pun nak jadikan bini dia lawa jugak..takpun dia kawen lagi satu dengan pompuan lawa... -- ade ke orang camni? meh nak sula !
Orang ada banyak duit dia pun buat loan kengkonon dia pun banyak duit -- padahal bulan-bulan seksa bayar hutang !
Orang pakai pakaian mahal-mahal dia pun pegi beli jugak yang branded -- ko ingat ko sorang je mampu pakai baju cap buaya??
Orang makan sedap-sedap dia pun nak makan jugak -- belum hujung bulan lagi dah terpaksa makan megi

Ada jugak yang macam ni..

Orang beli perabot mahal dia iri hati -- eleh..duit sugar daddy lah tu !
Orang beli rumah besar dia iri hati -- alah..keje makan rasuah memangla masyukk
Orang ada bini lawa dia iri hati -- tu mesti dia guna minyak pengasih
Orang ada banyak duit dia iri hati -- buatt pinjaman peribadi lah tu
Orang pakai pakaian mahal-mahal dia iri hati --eleh entah-entah beli kat rantau panjang
Orang makan sedap-sedap dia iri hati -- ishh membazir je makan kat situ

Kalau berniaga pulak, biasanya I nampak, peniaga melayu yang banyak masalah PHD (perasaan hasad dengki) ni..Peniaga melayu tak ramai yang boleh terima jika pesaingnya lebih maju..Macam-macam dia akan ikhtiar (bukan dia ikhtiar nak majukan bisnes sendiri) untuk menjatuhkan pesaing..busuk hati !!
Contoh..ini contoh..connnnntooohhhhh!
-menabur fitnah tentang pesaing
-menghasut pembeli supaya tidak membeli di premis pesaing
-menggunakan cara halus bomoh le tu untuk menjatuhkan pesaing

Rata-rata antara kita mesti pernah terlintas di kepala atau terdetik dalam hati untuk berasa iri hati kan??
Macam mana nak buang perasaan ni ek??

Bersihkan hati pakai clorox dengan sentiasa mendekatkan diri pada Allah..
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan sesama kita..
Berdoa..berdoa..dan berdoa..



Takpe pelan pelan kayuh noooo...I pun sama macam u all jugak..;)
Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah S.W.T









Sunday, July 29, 2012

3559 dah tukar 4559???

Takde pulak icon centre kat blog ni bila guna iphone.. Padahal mmg dah guna webview..hmmmm takpe ar..asalkan leh update :)

 Alhamdulillah tadi dah amek W** 4559... Maka dengan ini M** 3559 kesayangan akan dihantar ke kampung.. Sian si shrek..sorry ye shrek..I tak mampu nak bayar dua kereta.. Tapi kira okla shrek dihantar kat rumah mak..at least tiap kali blk melaka nampak dia..terubat rindu ;)

Bila dikenang-kenangkan, betapa banyaknya jasa si shrek..dari tahun 2007 hingga 2012.. Macam-macam tempat si shrek dah bawak..baik jauh mahupun dekat..paling jauh of course la kelantan..kampung cik abe I..kiranya paling jauh rantau panjang la eh bukan, pengkslan kubor..eh entahla lupe lak I mana satu lagi jauh..yang I tau dua2 tu tempat perabis duit..haha..syurga membeli belah !

 Maka dengan ini juga akan bermula la cabaran membawa MPV ke office..dengan jammed..dengan parking..dengan minyak..semua nak kena fikir..tapi keselesaan MDD perlu diutamakan..apa apa pun MDD #1.. ;) Ada lagi cabaran..I hanya akan drive shrek dgn ditemani MDD..sebab cik abe drive WXC.. First time travel jauh berdua je dengan si kecik ni..mintak mintak dia goodboy la kan..huhu..biasanya if dalam kete mmg dia tidoo je..bangun utk susu je if perjalansn melebihi 1jam..so forsure next week DD akan nak menyusu on the way..terpaksa la berhenti nanti kat RnR..shah alam-melaka journey around 2hours..

bila dah ada anak kecik ni banyak benda kena consider..benda-benda ni la yang mematangkan kita biasanya.. Aihh lenguhla taip guna iphone..baru 1 post..hajat nak update lagi 2 post..tapi dah lenguh..camne ni????

 *sila abaikan jika ada typo..mls nak check..tak puas tak dapat update guna lappy..:)

Wednesday, July 25, 2012

Jangan...nanti....

Selamat Pagi Rabu !

Dah 5 hari berpuasa..Alhamdulillah..

Selalu kan kita dengar orang bagi macam-macam nasihat yang kadang-kadang tak masuk akal..
Sape kata tak pernah dengar mmg penipu pembongak..hahahah..;)

Sebenarnya kan..nasihat-nasihat yang 'berguna' ni lah yang boleh menyebabkan kita ni jadi negatif (bukan negatif filem tu tau!)

Pengalaman I, dari kecik kecik cili api sampai la dah agak tua bangka ni (eh muda lagi tau) memang macam-macam la yang orang cakap..orang tu maksudnya orang sekeliling la tak kira la mak ayah ke pakcik makcik ke nenek atok ke..haaaa..diorang la..kadang-kadang bukan family members pun ada jugak yang baik hati bagi nasihat dan idea yang negatif tu..contohnye, jiran tetangga..terima kasih ye semua..;)

Masa kecik-kecik dulu pernah dengar tak?
'jangan duduk atas bantal tu nanti bisul!'

Bila dah besar pernah dengar tak?
'jangan menyanyi sambil memasak kat dapur nanti dapat suami tua'

Masa mengandung pernah dengar tak?
'jangan siang ikan nanti dapat anak mulut sumbing'

Masa berpantang pernah dengar tak?
'jangan minum banyak air nanti badan kembang'

Bila dah ada anak pernah dengar tak?
'jangan bagi anak tengok cermin nanti tak tumbuh gigi'

Kita lihat dari dulu sampai sekarang dari anak kecik sampaila ke orang dewasa, semuanya telah disetkan di dalam minda mereka nilai-nilai negatif macam ni..
So, kita pun takut nak buat sebab takut jadi benda yang tak diingini..betul tak?

Tahukah anda apa itu takdir atau nama lainnya adalah ketentuan?
Jika anda faham apa itu takdir, anda pasti tak endah nasihat-nasihat/pantang larang macam di atas..


Pendapat I, kalau kita berfikiran sedemikian, maka dengan kata lain, kita menidakkan kekuasaan Allah..
Allah kata 'kun fayakun - jadilah maka jadilah ia..

Kalau tak duduk atas bantal pun, kalau Allah nak bagi ada bisul, ada lah..

Kalau dah jodoh dengan orang tua (dapat dato' untunglaaaaaa) tak payah menyanyi kat dapur pun boleh dapat punyeee..takde hal lah..!

Kalau Allah dah takdirkan sifat anak tu cukup atau tidak, apa yang kita boleh buat? nak salahkan ikan?

Doctor suruh minum air banyak supaya heartbeat ibu bersalin kembali normal..kenapa nak takut badan kembang? Badan sape yang kembang lepas minum banyak air masa berpantang akan tangan...!

Kalau tak bagi anak tengok cermin pun giginya tak tumbuh-tumbuh lagi, macam mana? nak salahkan cermin?

So nak ikut ke taknak ikut nasihat-nasihat yang macam tu ye??
Choose your own way :)








Tuesday, July 24, 2012

Terbabas

Buat pertama kali nyer dalam bulan puasa ni (padahal baru 4 hari puasa..hihi) kitorang terbabas bangun sahur..adehhh!

Sebenarnya dah tidur awal dah pun..pukul 11..
DD dari pukul 9 dah selamat..tapi I tau dia biasanya bangun midnite..so I tidur la dulu kejap sementara tunggu dia bangun untuk bf..
Mula-mula dia bangun pukul 1++pagi..lepas bf tidur balik..
Pastu bangun lagi..I tengok jam..aik? baru pukul 1.40pagi..aduiiiiii...
apehal la pulak DD ni bangun cepat sangat ni..biasa 2-3 jam baru bangun semula..
lepas tu pukul 2.30 bangun lagi..arghhhhhhh..stress sekejap..
Last sebelum sahur dia bangun pukul 4 pagi..I tengok macam awal lagi so I tidur la balik..
I pasang alarm clock iphone jugak takut tak sedar..nak bangun pukul 4.45pagi..
Tak lama pastu dengar DD merengek..tengok jam..hahhhhhhhhhhhhhhhhh?? dah 5.15??
alamakkkkkkkkk...belum masak lauk..dennggggg!
I kejut mr.hubby..cakap macam tak sempat masak je ni..
mr.hubby kata takpela mkn jela ape yang ade..kurma pun ade..horlicks ada..

I berfikir seminit..last-last I bangun jugak..nak masak jugak..haha..
nasib baiklah bawang memang dah siap blend & masuk tupperware ada dlm fridge
ikan pun dah siap kunyit & memang dah keluar dari freezer bawak turun ke fridge mlm tadi..
sayur pun dah siap kerat-kerat & masuk tupperware dalam fridge...
Nasi memang I dah siap masak malam..

I panaskan minyak dalam kuali..goreng ikan...
Lepas dah siap goreng tu dalam 5 minit lepas tu, I tumis bawang pulak nak goreng sayur..
teringat ada sotong dah siap siang dalam freezer..I keluarkan..rendam jap pastu masukkan sotong dalam kuali (nasib baikla sotong cepat thaw kan)..pastu baru masukkan sayur..
pukul 5.30pagi..settle!!!

tu guna 1 stove je sebab 1 stove lagi rosak..I rasa if guan dua stoves sekaligus utk goreng ikan sebelah kiri & untuk goreng sayur sebelah kanan, mesti lagi cepat! ;P

Buat air milo mr.hubby & air horlicks untuk diri sendiri..panggil mr.hubby duduk kat meja dan makan laju-laju!!! ;)

Alhamdulillah..
dapat jugak sahur..siap mkn kurma jugak..pastu togok air masak..
mr.hubby sempat jugak dia makan tembikai..buat tambah air dalam badan katanya..

phewwwwwwwwwww...

lain kali kalau dah terjaga tu bangun je..takyah tidur balik..ni baru sorang anak..
alarm pun bukan leh percaya sangat..
set alarm pun tp hp silent apelah gunanya??? puiii..;)

lepas ni kena aware lah yer..Selagi larat I akan masak untuk suami & diri sendiri..
untuk bf anak kena makan cukup..sian DD nanti takde zat pulak..
Ketepikan pahala..ikhlaskan diri..insyaAllah dipermudahkan..:)




Persepsi

Pernah tak anda terfikir kenapa kita (orang melayu biasanya) selalu bersangka buruk? 
Dalam erti kata lain..tidak bersyukur?

Kita biasanya mementingkan persepsi orang lain..kenape ye?

Contoh #1 :

Minah : Nak pakai lawa-lawa la harini. Nanti ramai kengkawan datang kat majlis tu. Kalau pakai biasa-biasa je nanti apa diorang kata pulak. Aku kan executive.

Contoh #2 :

Mamat        : Tak pegi jemputan tu tak boleh ke? Lambat pulak nanti appointment doctor.
Bini Mamat : Ala, kang kalo tak pegi jiran-jiran cakap ape pulak. Malu la kita nanti diorang dok mengata.


Tu baru dua je contoh..ada baaaaanyak lagi..u all pk la sendiri..hehe..
Pendapat I kan,
 Contoh #1 tu tak sepatutnya berlaku sebab boleh mengundang kepada riak (menunjuk-nunjuk pakaian/barang kemas/perhiasan etc)

Contoh #2 pulak depends...
Kalau jemputan jiran tu masanya tidak mengganggu urusan/janji kita dengan orang lain, maka bolehla kita pegi. Tapi janganlah kita pegi tu disebabkan kita tak nak jiran-jiran banned kita..senang cite, kena la ikhlas..dan kalau tak dapat pegi sebab urusan kita tu sangat penting dan masanya kebetulan sama dengan jemputan,bolehla inform awal2 sambil bagi buah tangan kalau nak..kalau nakkk...senang je sebenarnya..kadang-kadang jiran tu ok je..cuma kita ni aje bimbang persepsi jiran tu terhadap kita..kan? 


Itu dengan manusia..macam mana pulak dengan Allah?

Contoh #3

Gadis : Ish, tak glamour la pakai seluar tracksuit ni pegi gym. malu dengan orang kat gym nanti. diorang semua pakai legging..

Contoh #4

Bujang             : Jomla minum..client dari jepun dah tunggu tu..
Kawan bujang : Eh kan puasa ni. tak pe ke?
Bujang            : Entah..tapi tak sampai hati lak kat client tu. kita kena la entertain dia. Dia bagi bisnes tu kat kita. tak pe kot..


Haaaaaa...penah tak jumpa kes kes camni?
Apa pendapat korang?

Nak tau pendapat I ? 
Memang tak patut langsunggggg!!!

Contoh #3 , pehal pulak nak malu dengan orang? habistu bila pakai legging ketat tu tak malu pulak ko? Dengan orang ko malu..dengan Allah ko tak malu pulak ek????

Contoh #4 , wah wah wah...client ko bukan main lg ko nak jaga ek..suruhan Allah ko tak jaga pulak?? Client tu bagi bisnes kat ko ke? Bukan Allah ke yang bagi bisnes tu kat ko melalu client tu??? 
fikir fikirkan lah..!
Yang si kawannya tu pun macam lalang..agaknya kalau suruh terjun bangunan tinggi nak tak dia? 

Ada baaaaaaanyak lagi contoh-contoh di sekeliling kita..Antara nampak tak nampak..dengar tak dengar je..
Almaklumla benda yang dah terbiasa ni kita selalunya tak perasan..kita pun rasa macam betul je.....kan..?

Buat ape lah kita nak pentingkan persepsi orang..diorang tu pun sama je kejadiannya macam kita..
Kita patut pentingkan hak Allah..yang menjadikan kita..memberi kita rezeki melimpah ruah..
kita kena respect Allah terlebih dahulu baru boleh fikir pasal orang lain..
Malulah kita pada Allah..sebab Dia dah bagi kita pinjam kehidupan ni..kita tak hargai pun..
Macam mana kalau Allah tarik balik nikmat yang Dia dah bagi??

Moh le kita mengubah pemikiran kita selow selow..
Ditujukan kepada diri sendiri jugak ni yang selalu lalai dan leka..@_@













Monday, July 23, 2012

Tawar-menawar

10 minit yang lalu I telah dipanggil oleh bos & GM..
Pasal apa?
Pasal apa lagi..pasal nak resign tu la.. (BACA)

Antara ayat tawar menawar mereka yang boleh didengar / dibaca tapi I percaya 100%  (hehehe) :

'awak takyah brenti la..actually i memang really need u tau kat sini'

'saya boleh naikkan gaji awak..berapa company sana offer?'

'banyak kerja nak suruh awak buat lagi ni'

'kat sini awak tak banyak keje..boleh buat la apa yang awak nak buat..saya tak penah marah kan..awak nak main FB ke ape ke chating ke sukati awakla..saya tak kesah'

'saya serasi la dengan awak..awak cepat buat keje..kalau cakap kat fon pun awak dah boleh paham dah apa nak kena buat..kalau orang lain belum tentu lagi'  -tang ni mmg kembang kempis idung I jap-

Yang satu ni yang buat I paling tak boleh percaya..........

Bos : Haritu gaji naik berapa?
I      : Mana ada naik..
Bos : Eh takde ke? Saya dah rekemen tahun lepas lagi..
GM : Eh biar betul..semua orang naik gaji effective Jan 2012. increment at least 5%.
I      : Entahla..tapi memang takde..dalam payslip sama je..masuk akaun pun sama je..
Bos : Betul, saya memang dah rekemen dah stafs yang patut dapat naik.
GM : Tu lah..maknanya gaji kita pun tak naikla ni (refer tu diri beliau sendiri).
I      : *sengih je*
GM : Saya gaji banyak tolak itu ini..tu pasal saya tak perasan ada naik ke tak. Nanti saya tanya M****a      
        (nama finance manager aka bini bos)


Ada lagi conversation lepas tu tapi tak penting pun nak tepek sini..
Apa pun insyaAllah I resign jugak..haha..


Nak pegi pump production jap..dah membuak-buak dah ni ha...;P






I Quit!

Tadi pagi a.k.a pagi tadi (hehehe) I dah hantar surat resign ke bos..
I letak je atas meja beliau ketika beliau sedang syok tido kat bawah meja..
(baca : bos memang tido kat opis..sebab apa korang takyah la tau ler sbb I pun mls campur)
Ingat nak bagi jumaat lepas, tapi bos ada je pulak..tak keluar..tu yang tertangguh..
Nak suruh I bg kat tangan dia mmg takkanlah kan..hiksss...

Ni bos pegi meeting...jap tadi I jengah bilik beliau..nampak surat I dah terbuka..
Haaa...beliau dah baca la tu kan..hikss..
Kompem la beliau panggil I nanti..

tunggguuuuuuuuuuu...;)

p/s : jom blogwalking..bosan weh takde keje...


Hari Ke-3 Berpuasa

Oh sungguh bersemangat I harini nak masuk office..
Sebab kengkonon masuk awal..leh balik awal kang boleh main masak2 kat dapur before amek DD..
tapi pagi tadi DD meragam pulak nak susu last minute pastu nak tido..adehh..
budak bertuah ni...terpaksa la bagi susu dalam kete depan taska..dah lelap baru bagi kat pengasuh..
ish ish...
siapa kata baby tak reti monday blues? ;P

Alhamdulillah..hari dah 3 hari berpuasa..
Hari pertama..direct bf..lulus..
Hari kedua..direct bf jugak..lulus..
So harini hari ketiga siang kena pump..mlm nanti baru direct bf..

Alhamdulillah tadi pump kali pertama pagi tadi production macam biasa..tidak berkurangan..
tengok lepas ni pulak 2nd time pump mcm mana..hopefully ok lah..
sahur mkn sepinggan setengah + kurma beberapa biji + oat dalam air milo + air masak dari mlm sampai sahur non stop..celik je mata bf DD minum air masak..mmg kalau takpuasa pun camni..haus wehh...

Cuaca pun sangat sangat membantu..
Semoga dapat puasa penuh..
Lepas ni bolehla ganti puasa tahun lepas pulak..
dah ada keyakinan diri..
insyaAllah..:)

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan..

Sehari lagi nak berpuasa kan? *suka*

ye ke suka?

yeeeeeeeee...percaye lah...

sebab?

sebab boleh makan macam-macam masa berbuka..huahuahuahua...

sungguh tak bagus jawapan..;P

Apa apa aje lah.. 

Yang penting....kami dah tak perlu alarm clock lagi...hahahha..

MDD boleh jadi alarm clock..sebab setiap hari dia bangun pkl 3..pukul 5..
setiap dua jam dia akan bangun...good son!!!
*good untuk bulan puasa je..kalau tak bulan puasa jadi agak stress juga sometimes :p*

Ramai yang balik kampung sambut puasa..
Kitorang???
InsyaAllah..kalau sempat settle urusan kat sini bolehlah balik..
Kalau tak sempat settle anggap ajelah tak ada rezeki..nanti nuzul quran boleh balik jugak..:)

Azam sempena ramadhan tahun ni ape ek? 
ermmmmmmmmmmm...

1. taknak pegi pasar ramadan selalu sangat..kalau pegi pun once/twice a week je..

2. nak rajin sikit masuk dapur..bulan puasa office ni release awal about 1 hr..so sempatlah masak dulu sebelum fetch si DD..insyaAllah...:)

3. nak plan siap-siap menu untuk masak berbuka & sahur (biasanya menu yang sama..sahur nanti reheat je..tu yang tak suka kalau beli kat pasar ramadan..cepat basi tak sampai sahur..)..
bila dah plan menu..dah listkan recipes (ye ye je ni)..boleh beli bahan-bahan untuk stok seminggu terus..

4. nak buat solat terawih sendiri if berkesempatan sebab tak dapat gi berjemaah kat masjid since dah ada si kecik nak dijaga..:)

5. nak jaga diri..hiasi peribadi..(selama ni tak jaga ke?)

InsyaAllah...

Selamat Berpuasa !!!




psssstttt pssstttt...pagi tadi ada staff kat perodua panggil I adik..kembang kempis hidung I...hahahaha...
biasa orang panggil I puan..or sometimes Cik..
maknanya? maknanya I muda lagi...*sila muntah hijauuu* ;P


Wednesday, July 18, 2012

FB Status

Dah hari rabu..cepat kan? hmmmm...

Beberapa hari lepas ada sembang-sembang dengan internship student kat office ni pasal FB status..
(selama ni memang terfikir kenapa dan kenapa? tapi takde kawan nak sembang pasal ni..I kan sorang je staff pempuan kat sini..asik cakap ngan pc gelak ngan pc je macam org gilak..hukhuk..)

I heran (wah..padahal sebelum ni ko penah nak buat gak kan ;P) diorang ni tulis status FB tu seakan berdoa..dalam pale hotak I ni banyak persoalan..contohnya :

kenapa kena tulis doa kat status? 

kenapa tak doa masa solat je?

kenapa tak doa sebut macam biasa je? kata kata tu kan doa..

nak suruh Allah baca kat FB ke? 
kalau tak tulis kat FB Allah tak tau ke?
kalau tulis kat FB, pastu  orang lain aminkan kat situ, confirm Allah makbulkan ke?

apa tujuan sebenar dia berdoa kat status dia tu? nak bagitau masalah dia ke? nak suruh orang aminkan ke? nak tunjuk dia baik sentiasa mengingati Allah ke?

eh macam macam la yang I persoalkan kepada diri sendiri..
ni bukan sebab tak puas hati yer..
ni adalah sebab I heran...heran tau tak, heran...ejaan sebenar >> HAIRAN


contoh doa yang diorang tulis camni..biasanya dalam bahasa melayu..

'Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya.'

'Ya Allah, permudahkanlah urusan suamiku.'

'Ya Allah, permudahkanlah hari ku.'

Korang penah nampak tak status kawan-kawan korang camni?
Kepada siapakah ditujukan doa itu? kepada Allah kan..So?????

Kalau yang tulis...

'Alhamdulillah'

'Subhanallah'

'Syukur'

dan ayat-ayat memuji Allah yang lain tu bagus..
sekurang-kurangnya orang lain pun turut sama menyebut dan mendapat manfaat..
Ada jugak yang macam ni kan..bagusssss...:)

Sebenarnya benda ni datang dari hati kita kan..niat kita..
tapi boleh jadi niat kita tu disalahtafsirkan oleh orang lain..
Tengok, macam sekarang, I dah anggap macam-macam yang tak baik terhadap orang yang menulis status begitu kan..kan fitnah namanya tu...fitnah itu tak bagus..ibarat memakan daging saudara sendiri kan..
(fe feeling ustazah jap)

I dulu macam tu jugak..tulis status FB ikut nafsu serakah je..
Lepas dah berfikir secara rasional baru lah I sedar & berhenti tulis yang tak perlu..

Jadi, untuk mengelakkan fitnah lebih baik jangan..








Tuesday, July 17, 2012

Oh My English!

Sape tengok rancangan Oh My English kat TvIQ angkat tangan!!

Ok..bukan nak cerita pasal rancangan tu pun..hehe..

Ada sorang staf sini (nama dirahsiakan) - 
I taip ni pun toleh toleh belakang gak takut dia terbaca kang kecik lak ati dia..kikiki...

Budak ni dulu ok je percakapan/perbualan dia dengan tetamu/client..Bahasa melayu..
tapi sekarang..sejak sejak dah handle macam-macam ni..
dia dah boleh speaking..terus speaking london dia..
bagus kan??
So apa masalahnya ?

I takde masalah..eh ada sebenarnya..
I tak boleh dengar bila dia speaking yang berterabur itu..huhu..
contoh :

"Ya lah,  this month I very busy. I dunno why. We don't have enough workers..so er so I.. I help to do the work..all work have to do"

Ok nak tanya..korang paham tak dia cakap apa? 

Yup! direct translation..;)

lebih baik dia cakap melayu je kot..sebab yang dia deal tu chinese/indian a.k.a malaysian...
malaysian mesti tau cakap melayu..kan?
Maybe dia pun nak belajar improve english dia..
tapi..please please please bertutur dengan betul..
kalau tak pandai jangan sebut..sebut bahasa melayu je..
Ni tak...dah jadi bahasa rojak..rojak yang tak balance..
kalau rojak yang betul grammar & pronunciation takpe la at least sedap didengar.....kan?

(Eh, bahasa pasar takyah la nak grammar sangat..!)

tu kata korang..
I rimas..sebab I pun tak terror speaking london ni..(betul..tak tipu ni)
speaking klate pun I baru bertatih...;P

mesti korang cakap I kecoh kan? ade I kesah? ;P
Bahasa Jiwa Bangsa..!!








Emergency!!

Bukan...bukan...kes emergency ni bukan kes I yer..hehe..

pagi tadi I pegi klinik sebaris dengan office I ni (panel)..
masa mula mula sampai ada 2 orang pesakit..
sorang tu dah jumpa doctor, tengah tunggu giliran amek ubat..
sorang lagi tengah tunggu giliran jumpa doctor..
so dalam bilik doctor tu ada sape? cuba teka...jeng jeng jeng..
dah..korang takyah sesusah nak pk sape yang ade dalam bilik tu..
sebab memang tak ada sape yang keluar pun dari bilik doctor tu..hehe..

Lepas je pesakit yg tunggu tadi tu dipanggil masuk, I pun rileks la..yela suka kot giliran kita tak lama lagi..biasanya ramai..;)

Harapan musnah..!

yang pertama, pesakit tu lambat sangat jumpa doctor..
nak kata pesakit tu ngorat doctor, tak mungkin..sebab doctor harini doctor pempuan..
kalau doctor lelaki tu memang hensem sangat rasa macam taknak bangun je dari kerusi depan doctor tu..;)

yang kedua, tetiba ada 4 orang budak sekolah menengah (boy) masuk klinik..
salah sorang tu dipimpin dengan sebelah tangannya menutup matanya dengan tissue/handkerchief..
sebelah mata lagi lelap (maybe takleh bukak kot sebab pedih/sakit)..

I bukan kepochi okeh..
I TERdengar (padahal memang pasang telinga nak tau sebab apa budak tu ;P)
staf klinik mintak no. ic & no. fon parents dia..
kawan-kawan dia yang tolong tuliskan..kesian..
tak lama lepas tu cikgu dia (sangat kurus-gaya percakapan i rasa org belah kelantan/terengganu) masuk klinik..tadi dia pegi parking lah tu (dalam hati I berkata-kata)..
Oh, I memang rajin berfikir..sampai jadi lupa sebab banyak sangat benda nak buat dalam 1 masa..

Disebabkan itu adalah kes emergency, maka student tu dibawa terus ke bilik doctor tanpa perlu menunggu giliran..pesakit yang tadi masih ada di dalam..
tak lama lepas tu cikgu tu keluar semula dari bilik doctor..
kedengaran cikgu tu menelefon ibu kepada student tu..

akhirnyaaaa....
dapatlah I jawapan kepada persoalan tadi..hikss..
diorang tengah buat experiment sains dalam lab..student ni duduk belakang..tiba-tiba ada specimen/liquid meletup dan terkena ke mata student ni..student yang duduk depan tak cedera pun..
student ni pulak (specky) kebetulan tengah buka cermin mata dia untuk lap habuk..adeh..kesian...
tu lah namanya malang tak berbau..
dan tu lah jugak gunanya insurance..huhu..

tak sampai 5 minit ibu dia datang..cepat kan..:)
I rasa rumah dia berdekatan je..agaknye lahhh..
doctor minta student tu dibawa ke pakar mata..
Ibu student ni decide nak bawa ke DEMC..lebih cepat dan dekat..
I terdengar cikgu tu cakap 
'tapi puan kalau DEMC pihak sekolah tak cover'

Ibu tu pulak kata
'takpe takpe..saya tanggung'

Maka selesai sudah tanggungjawab cikgu tu kan..:)

Ya lah, kalau nak hantar hospital kerajaan..mana lah ade yang dekat..
crowded pulak tu HTAR tu..service pun slow..
Kalau ada insurance, sangat bernasib baiklah dapat pegi DEMC...
kalau tak?
sendiri mau ingatlah..!
Kalau tak korek dalam bank rimau..korek dalam asb lah..;P





Monday, July 16, 2012

Budak Botak Demam

Assalamualaikum..
Selamat Hari Isnin..
Monday Blues? Nop!
Sebab harini masuk office lewat...kikiki..
Budak botak ni demam lak..
Pukul  2++ pagi tadi dia bgn minum susu..lepas susu dia lelap..letak blk kat tilam dia macam biasa..
Letak je terus dia celik...
(ni yang I paling stress..kadang2 dia saja mengada nak duk kat riba..
bila atas riba lelap..bila letak celik lak..huh!)
Bila dah celik tu kalo diam I tepuk tepuk jela bonbon dia nak bagi tido balik..
Kalo dia merengek..?? hmmmm...angkat la balik letak atas riba..
biasanya diam & lelap..tapi malam tadi tak lelap..merengekkkkk aje...
dah kenape la budak ni..

Bagi susu taknak pulak lagi..dah kenyang kot..jentik perut bulat, tak kembung pun..
Pastu rasa kepala dia..panas..(tapi tak kesah sebab kepala dia memang panas)..
Pastu rasa badan dia pulak..alamakkk..panas ler..
tapi tak sure lah demam ke tak..sebab dia kalau nangis nangis memang badan dia panas & berpeluh..
hmmmmm....

dah buat itu ini tak diam jugak..I suruh mr.hubby basahkan towel kecik..buh kat kepala botak DD..hehe..
hah..diam dah...
sahlah budak ni panas..
pastu lap badan dia sikit2..pastu mr.hubby tala standing fan direct ke arah DD..
(biasa memang tak bagi direct fan..takut effect nanti lelah ke ape..)
tepuk sikit sikit..lelap tak lama lepas tu..
ish ish ish..panas rupanya..
nape tak bagitau kalau panas? kikiki...
maybe tengah demam tu yang panas..

tapi I tak tido la..monitor budak botak ni..(tapi terlelap jugak ;P)
tak lama lepas tu dia merengek lagi..
ah sudah...ape lagi botak ni nak ni? 
bagi susu..lelap balik...Alhamdulillah..legaaaa...:)

So pagi tadi bagi ubat sikit..monitor jap...check suhu..37degree...
tengok dia dah boleh bersembang sengih-sengih..
baru anta gi skool..

Mintak-mintak ok lah budak botak ni kat skool..



Thursday, July 12, 2012

Lagi berita kematian


Last week Sofiah a.k.a kawan sekolah teknik i sms berita kematian FIL dia..
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Asbabnya, heart attack..
beberapa hari sebelum tu memang i tau FIL dia kritikal..
husband dia ada tulis kat wall fb..
hmmm...tu lah kita hamba Allah ni..Allah dah memang tentukan bila ajal kita..
penyakit tu semua hanya asbab..
Ada yang sakit bertahun-tahun..ada yang sakit sehari dua je..
tu semua kerja Allah..
kita tak boleh pertikaikan..
Takziah kepada Sofiah, Remy and family..
Semoga tabah dengan ujian Allah..
Redhakan pemergian arwah dan doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..



Takde topik

Pejam celik pejam celik..dah nak masuk pertengahan bulan 7 dah..
Cepatnya masa berlalu..
Anakanda si pengarang jantung hati mama babah pun dah nak masuk 4 bulan next week..
Dia dah pandai apa?
pandai mengekek...pandai menjerit..
ada 2 jenis jeritan yang kena paham...
1. jeritan excited
2. jeritan sebab dia geram orang tak angkat dia
(ni babah dia la yang selalu menyakat..kikiki..)

Lebih kurang seminggu lagi kita nak puasa kan..
Dah ready ke? Puasa yang tercicir tu dah ganti ke?
Errrrr..jangan tanya i..i ada alasan kukuh oke ;)
nampaknya kena ganti & fidyah la utk puasa tahun lepas..
tak dapat nak ganti tahun ni..DD fully bf..kesian pulak kat dia..
24 days tuuuuuuuuu...
Tapi untuk puasa ramadhan nanti nak cuba puasa jugak..
mintak mintak cukuplah susu utk DD..
kalau ada problem susu nanti baru selang seli kan puasa tu..
tapi hopefully cukup..dah banyak dah study pasal nak maintainkan dan perbanyakkan susu ni...
InsyaAllah...
semoga Allah permudahkan usaha i..
Amin...







Wednesday, July 4, 2012

Rambang Mata

Haiiiyoooo..haiiyooo..haiyyooooo...

Bulan lepas je dah berapa ratus dah habis beli baju & toys si MDD..

Harini order lagi..erkk! 

Tiap kali abah dia nampak toys/baju baru mesti ada ayat perli di situ..
i akan bertukar jadi kerang busuk kejap..hihi

tadi whatsapp mintak opinion baju mana nak pilih...mr.hubby reply,
"aik? beli lagi? baju yang ada banyak belum pakai lagi"

apa yang mampu i reply ialah,
"heeeeeeeeeeeeeee"

Sila salahkan penjual online tu yer..i tak salah ok..

Ni baru anak sorang..boy pulak tu..

Kalau girl??? laaaaagi banyak baju yang comel2...phewwwww...!

Ni baru 1st week of july...
agak agak lepas ni sepanjang bulan july ni i boleh tahan tak untuk memejamkan mata tak beli apa-apa lagi???

cer teka....;)

InsyaAllah kalau ada rezeki next year i nak kembali jual kids apparel..
Adakah i akan amek stok untuk MDD melebihi stok untuk dijual?

cer teka lagi..;)





Monday, July 2, 2012

Lampu Signal

Driver #1 
Saya nak lalu..awak bagi tak? 
Driver tak akan masuk lane lain selagi tak di bagi hint eg: high beam,slow,etc oleh driver yang terlibat
- Ni adalah driver yang bersopan di jalan raya..

Driver #2
Saya nak lalu..bole ke tak ni?
Driver teragak-agak nak masuk lane..biasa perempuan yang buat ni..betul tak? 
- Ni adalah driver yang kurang keyakinan diri..;P

Driver #3
Tumpang lalu..
Driver masuk terus lane lepas bagi signal..tak kira orang bagi ke tak sebab pada dia dah bagi signal tu kira dah sopan la..Dia assume driver lain paham dan tak marah..padahal kadang-kadang driver kat lane tu tak bagi pun laluan..akhirnya brake mengejut..kabushhhhhh...! 
- Ni adalah driver yang kurang toleransi..

Driver #4
Nak lalu lah..
Driver main masukkkkk je tanpa signal..dengan kata lain..menyelit..
- Ni driver kuajaqqq nama dia...puiii! ;)

Driver #5
Saya tak perasan..
Driver ni bagi signal tapi tak masuk mana-mana lane sampai ke sudah..Driver lain pun serba salah nak bagi laluan ke tak..pernah terjadi??
- Ni driver ngokngek nama dia..tak sedar keadaan sekeliling..kikiki...


Jadi..anda dalam kategori mana? 






820 days


We got married on 18/12/2009
820 days after
which is 2 years & 3 months
.
.
.
I delivered a baby on 18/03/2012

Same Date :)

Allah's Plan is PERFECT !!!



Kecek sore

Meh tengok video budak kecik ni layan cakap sensorang..
sambil termenung ke luar jendela..sambil hisap tangan..
Tah hape dia membebel..menyanyi kot..hihi
sekarang laaagi macam2 dia sebut..sepatah haram i tak paham...;)