Nuffnang Ads

Wednesday, August 29, 2012

Semakin menggila..!

Banyak betul kes kerat-mengerat..tembak menembak..tikam-menikam sekarang ni..adeh..

Asal tak puas hati sikit je tikam!!
Tak dapat barang je bunuh!!
Tak bagi peluang kat dia pun tembak!!
Terlanggar sikit ke terlambat sikit ke..semua pun boleh jadi kes bunuh!!

Aihhhhh...
Ape nak jadi la umat manusia ni..makin menjadi-jadi..

Menurut kajian..kebanyakannya berpunca daripada tekanan perasaan dan bebanan hidup..
Setuju??

Kenapa dulu-dulu takde sangat kes kes macam ni?
Orang dulu-dulu takde tekanan perasaan dan bebanan hidup ke?
Mustahill !!

Kalo tanya pendapat aku..aku akan bagi jawapan macam ni..
Orang sekarang kekurangan didikan agama dan terlebihnya pendedahan sosial di kalangan masyarakat..
Setuju?

Orang sekarang ni, yang wajib diketengahkan, diketepikan...Tapi yang tak penting, diketengahkan pulak...
Dunia dah terbalik? Dunia dah menggila?? 

Dunia pulak yang dipersalahkan..padahal kita kita ni umat manusia yang tak cukup bersyukur dengan apa yang ada..astaghfirullahalazim...

Orang tak suka kita?...biarkan..akan ada lagi orang yang nak kawan dengan kita..
Orang tak bagi barang yang kita nak?...biarkan..entah-entah memang bukan hak kita..mana lah tau..Allah kan pengatur yang paling bijaksana..!
Orang tak bagi peluang?..tak bagi sudah..cari aktiviti lain..
Kalau terselisih bahu sikit ke terlanggar badan ke tersepak kaki ke..mintak maaf..jalan...tak payah kecoh-kecoh..lain lah kalo cedera..pun ada cara lain..ikut undang-undang..pegi baut report..settle luar mahkamah ke dalam mahkamah ke..kan lagi ok..
Tak payah nak berbunuh-bunuhan sesama sendiri la kan..
Rugi beb....rugi betul..!
Rugi umur..rugi masa..rugi segalanya..sia-sia..

Belajar lah bersikap redha wahai manusia sekalian..!

** pesanan kepada diri sendiri juge..sekian entry yang agak emo dariku..kihkihkih




2 comments: