Nuffnang Ads

Wednesday, August 29, 2012

Kemalangan merata-rata

bulan puasa haritu ada 2 kali terjodoh dengan kejadian accident..

kali 1, masa on the way balik keje..kat area seksyen 9, lepas sikit dari concorde..menghala ke roundabout kayangan..berdekatan shell..wahh,banyak betul landmark aku bagi..kalo korang taktau jugak nasib lah..hehe..

Kat area situ jarang sangat-sangat jammed..kecuali tengahari jumaat sebab polis jaga..situ kan berdekatan masjid negeri, so ramai yang double riple parking, so jalan pun tersumbat..maka dengan itu polis polis wanita ni terpaksa lah bekerja pada tengahari buta untuk mencari sesuap dua nasik..hikhik..

Ni gambar yang sempat aku snap..kereta myvi tu tak pasti dari arah mana..tapi kalo mengikut congakan aku, dari arah yang sama dengan aku cuma dia terpusing 360 darjah tu mungkin dirempuh oleh kereta iswara yang terlipat dua di atas divider (ada nampak sipi-sipi tu kat gambar tu kan)..kereta iswara tu aku tak sempat snap penuh sebab polis dah suruh jalan..hehe..tapi mmg jelas kelihatan sangat teruk kereta iswara tu..menurut sumber yang boleh dipercayai, pemandu kereta iswara tu cedera parah..pemandu myvi tak tahu pulak aku..huhu..


Accident di seksyen 9 shah alam


Kali ke 2, masa on the way balik kota bharu..luP pulak area mana..tapi lepas lepas bentong semua lah..sebab kitorang kat bentong masa subuh hari..kemalangan ni dah cerah dalam pukul 9-10pagi camtu..rasanya dah nak dekat-dekat gua musang..
Jalan jammed sikit masa ni..cik abe dah risau takut jammed disebabkan org pakat balik beraya..dia berusahanya kuar awal pagi pukul 4.30 pagi..sahur pun dalam kete je dia..aku tak sahur la sebab lepas lepas tu aku boleh breakfast & lunch..hehe..
Kereta gerak slow sikit je..lepas dari kawasan accident ni jalan smooth je..
actually ada beberapa kereta..kes back-to-back accident lah ni..tapi aku sempat snap 1 kereta je..sebab kereta ni agak teruk compared to kereta lain..dan kereta ni adalah kereta honda city..huhu..

Back-to-back accident di jalan berdekatan gua musang

Kecelakaan boleh berlaku di mana-mana..kadang-kadang kita berhati-hati pun orang rempuh kereta kita jugak..ye tak? Tu baru dinamakan takdir..:)
Kalau camtu, kita kena lah lebih lebih dan lebih berhati-hati dan sentiasa beringat semasa drive..
Set kan dalam kepala otak tu, kita ni ada orang-orang tersayang, ada tanggungjawab, kalau apa-apa berlaku pada kita, kesian lah kat mereka..

Encik suami tu pun memang agak samseng jugak kalo drive..kalau takat tekan brake mengejut tu memang jaguh lah beliau..dengan aku sekali tekan brake kat sebelah..adeh..
Tiap kali beliau drive memang aku akan berjaga..kalo tidur pun tidur-tidur ayam je kecuali kalo tak larat sangat baru lah lelap sekejap..tak senang hati weh..
mulut aku memang takleh brenti bunyi kalau beliau drive..sebab aku sentiasa memerhati keadaan lalulintas..hahaha...bagus kan? ;P
baguslah sangat..! selalu je kena marah sebab menyibuk nak tgk side mirror..sibuk tolong bgtau ada moto nak lalu kat sebelah..ada lori kat depan..macamlah beliau tak nampak kan..hikhik..
tapi memang selalunya beliau careless..berangan kot bawak kereta..memang tak ku harap dia drive sorang-sorang..tanpa teman pemerhati..huhuhu...;)



No comments:

Post a Comment