Nuffnang Ads

Sunday, December 30, 2012

Sambung Blogwalking

Aiyarkkkk....
semalam tak sempat habis blogwalking..tengah sesedap merayap si tecik nak tido pulak..layankan la...
kalau tido malam memang nak menyusu (baca:menetek,mengopek,mengempeng) ngan mama dia je..senang tido..tapi kalau siang susah sikit la nak tido masa menyusu sebab terang..time ni memamg memacam gaya la dia menyusu..kejap terlentang kejap mengiring kejap menonggeng..tapi mulut tak lepas...pun tak lelap lelap jugak...ish ish...ubatnye, buai ajeeee..tak sampai seminit dah lelap..dan...lama nap dia compared tido atas katil..

Dan yang paling senang kan, dia enjut buai sendiri...kikiki...aku notice dia pandai buai sendiri masa seminggu selepas aku balik dari brunei..haaaaa time tu memang aku ingat dia belum nak tido lah sebab dia melonjak2...lepas tu setelah diperhati dan diamati bersama si suami baru lah kitorang tau yang danish sedang membuai dirinya sendiri hahahha...pandai dia meleding2 badan dia nak bagi buaian tu berenjut...
aku tanya mak aku, masa aku out station brunei yang mak aku jaga tu ada tak dia leding leding badan dalam buai..mak aku kata takde pulak..haha..entah bila la si kecik ni dapat idea tak tau lah..bila tanya babysitter pun babysitter cakap senang jaga danish sebab dia tido enjut buai sendiri lama lama lelap..hehe..kalau kat rumah aku tak biar dia enjut badan lama2..sebab aku nak dia tido cepat..so aku buai lah...bila aku buai dia stop lah leding leding badan tu...hehe..

gambar kat bawah ni masa dia tido semalam dalam buai...aku nak mengemas rumah maka muhammad danish durrani telah ditidurkan secara paksarela..tapi cepat dia terjaga...agaknya tak mengantuk sangat...letak dia dalam walker maka 200% lah tenaga aku digunakan masa mengemas sebab dia kejar mop masa aku tengah mengemop...haihh la budak bertuah ni..



No comments:

Post a Comment