Nuffnang Ads

Friday, June 8, 2012

Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali..

Isnin (4 Jun) haritu around 7pm ku dikejutkan dengan berita kematian anak kepada seorang sahabat berpangkat abang..

Terkejut? Memang terkejut sangat..! Tapi Allah lebih sayangkan arwah..

Ku tak tau full story sebab ku halfday petang jumaat tu sebab MDD takde babysitter (sigh)..then monday pun cuti dengan reason yang sama (sigh lagi)..so bila tak masuk office tak dapat la chat ngan kawan-kawan kat group..kat rumah kalau ada MDD bukan senang nak on lappy..iphone pulak takleh group chat..jadilah katak di bawah tempurung sikit..;P

Mengikut cerita kawan-kawan kat group, Jumaat lepas (1 Jun) arwah adik Areeb lemas dalam baldi di bilik air rumah dia. Around 2.30 petang abg ijan (bapa arwah) yang tengah kerja kat office dapat tahu Areeb lemas dalam baldi..30 minit tak ada pulse..then masuk ICU (kalau camni dah kira koma la kan)..sampailah hembusan nafas terakhir arwah petang isnin tu around 6.30pm..

Tak sure macam mana boleh lemas tapi my assumption is arwah pegi main air dalam bilik air & tertonggeng...ALLAHU'ALAM...Kak Aida (ibu arwah) cikgu..so ada kat rumah dengan 4 orang anak termasuk arwah..arwah anak bongsu dari 4 beradik..2 kakak & 1 abang..Maybe kak aida & kakak abang arwah tak perasan arwah masuk bilik air atau tengah solat/buat kerja rumah..umur 1 tahun 5 bulan paham-paham jela fasa melasak..tak terkejar kita..

Kata abg ijan, baldi tu biasanya tak ada air..hmmmm..itulah dia namanya ajal..semua tu nak dijadikan penyebab saja..yang pasti ajal kita Allah dah tulis..kita taktau bila dan macam mana kita akan mati kan..tak semestinya dah tua kerepot nanti baru mati..

Pernah jumpa the whole family last year a month b4 preggy..diorang datang rumah sebab kak ada nak amek tupperware..and pernah dukung arwah adik areeb..masa tu umur dia around 5-6 mnths..tengah fasa meniarap..tu lah first and last jumpa dia..actually ada plan nak jumpa lagi sekali dengan kawan-kawan kat group bulan 9 or 10 nanti tapi dah takde jodoh nampaknya nak jumpa adik areeb :(

Yang sedih bila mengenangkan if arwah still bf ngan ibu dia, apakah perasaan kak aida bila susu menitik tanpa ada yang minum??? Sebak hati ni bila terfikir yang tu memandangkan kita pun bf MDD..!__!

Al-Fatihah untuk arwah adik Areeb Syahmi yang comel..Syurgalah tempatmu..Semoga ada bekalan juga untuk kak aida & abg ijan di sana nanti..Kami doakan abg ijan sekeluarga tabah & kuat semangat..





Innalillahiwainnailahirojiun....




No comments:

Post a Comment