Nuffnang Ads

Wednesday, February 29, 2012

36 weeks..@_@

Hah??? dah 36 weeks??
dup dap dup dap dup dap....phewwwww...!

Kat bawah ni nak share tips untuk preggy mommy trimester ke-3..
Dapat dari Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung kat FB..
Dah hujung trimester 3 baru nak share hek? hikhikhik..;P


TIPS KEHAMILAN TRIMESTER KETIGA

* Jangan terlalu banyak makan makanan berkadar garam tinggi kerana dapat menyebabkan kejang-kejang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di kawasan kaki.
* Jika tidur, sebaiknya ambilah posisi mengiring, terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
* Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari kram-kram.
* Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastis. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat lelah.
* Jika terasa ingin selalu buang air kecil, jangan pernah menahannya, kerana hal ini dapat menyebabkan infeksi pada saluran pundi kencing.
* Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi persalinan
* Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan energi menjelang persalinan.
* Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di seputar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.


Ni pulak tips masa nak dekat bersalin..;)

TIPS MENJELANG PERSALINAN

* Mulailah melakukan persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi proses persalinan. Persiapan ini sangat penting, terutama bagi calon ibu yang akan melahirkan untuk pertama kalinya dan ingin melahirkan secara normal. Dengan pesiapan mental, calon ibu dipastikan agar melewati persalinan dengan rileks dan penuh pemahaman akan apa dan mengapa hal tersebut harus terjadi.
* Bersiaplah mengalami kontraksi pada hari-hari menjelang persalinan.
* jangan panik bila ibu hamil mengalami kontraksi yang berlangsung beberapa minit lalu mereda atau menghilang. Namun jika kontraksi ini disertai dengan keluarnya cairan, baik cairan bening maupun darah, segeralah menghubungi doktor atau bidan atau segera pergi ke hospital.
* Jangan panik jika tiba-tiba air ketuban pecah saat ibu hamil sedang berdiri, kerana jalan lahir akan otomatik tertutup oleh berat badan bayi. Segeralah hubungi doktor atau bidan atau pergi ke hospital.


Semoga kita sama-sama dapat manfaat..:)



2 comments:

  1. tip yang paling best adalah lompat bintang 300x Puan.

    ReplyDelete
  2. Oittt...kalo lompat bintang..1x pun dah terberanak kot..takyah 300x..kehkehkeh..

    ReplyDelete